Tuesday, May 15, 2012

Tingkatan 4:Bab 3:Perniagaan dalam Negeri

Soalan : Terangkan maksud Perniagaan dalam negeri
  • aktiviti membeli dan menjual barang & perkhidmatan - antara penduduk dalam sesebuah negara.
  • Contohnya, kedai runcit, bazar dan pasar raya.
  • terdiri drpd dua - perniagaan borong dan perniagaan runcit.

Saluran Agihan

Soalan : Nyatakan maksud saluran agihan

proses pengedaran barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir tepat pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang sesuai

 

Soalan : Jelaskan bentuk Saluran Agihan

1. PENGELUAR - PEMBORONG - PERUNCIT – PENGGUNA
·         Barang yang sesuai -  barang keperluan dapur (bernilai  kecil dan diperlukan dalam kuantiti kecil)
2. PENGELUAR - EJEN - PERUNCIT – PENGGUNA
·         hasil penerbitan seperti surat khabar, majalah
3. PENGELUAR - PEMBORONG – PENGGUNA
·         bahan pembinaan rumah seperti batu-bata dan simen.
4. PENGELUAR - PERUNCIT – PENGGUNA
·         barang-barang yang memerlukan khidmat nasihat pakar dan barang-barang tahan lama
5. PENGELUAR - EJEN – PENGGUNA
·         barang pengguna spt barang kosmetik, pakaian
6. PENGELUAR – PENGGUNA
·         barang yang tidak tahan lama - hasil pertanian, barang tempahan khas – pakaian individu , barang bemilai tinggi - kapal terbang & perkhidmatan profesional - doktor

Soalan : Jelaskan Faktor Pemilihan Saluran Agihan

1. Jenis barang
barang cepat rosak – pengeluar - pengguna
barang elektrik yang tahan lama – melalui pemborong & peruncit
2. Sasaran pasaran
dikenal pasti - dibekalkan terus oleh pengeluar
belum dikenalpasti - melalui pemborong & peruncit 
3. Liputan pasaran
luas - perkhidmatan pemborong, peruncit dan ejen dikehendaki oleh pengeluar
terhad - pengeluar sendiri boleh memasarkan

4. Keupayaan pengeluar
syarikat besar - menyediakan saluran agihan sendiri
Syarikat kecil - bergantung kepada pemborong dan peruncit
5. Kos pengangkutan
menyediakan kenderaan sendiri – kosnya tinggi
syarikat besar - mampu biaya
Syarikat kecil – kurang mampu

PERNIAGAAN RUNCIT

Fungsi Peruncit

1.    MEMECAHKAN PUKAL
·         menjual dalam kuantiti yang lebih kecil kepada pengguna akhir.
2. MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KREDIT
·         kepada pelanggan tetap
3. PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN
·         menghantar barang ke rumah
4.    MEMBERI KHIDMAT NASIHAT DAN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
·         cita rasa dan sambutan pengguna - berguna kepada pengeluar - mutu produk
·         menasihati pengguna - mutu, harga dan cara guna serta produk terbaru
5. MENDIRIKAN PREMIS PERNIAGAAN BERHAMPIRAN PELANGGAN
·         mudah dikunjungi  - menjimatkan kos pengangkutan dan masa.
6. MENGURUS STOK
·         memastikan bekalannya sentiasa mencukupi
7.    MELAKUKAN KERJA-KERJA AKHIR
·         menggred, menimbang, membungkus
8. MENGAGIHKAN BARANG-BARANG
·         berperanan sebagai orang tengah antara pengguna dengan pemborong atau pengeluar

Jenis Perniagaan Runcit
·         perniagaan runcit terdiri drpd perniagaan runcit kecil-kecilan dan besar-besaran.
·         perniagaan runcit kecil-kecilan terdiri drpd peruncit tanpa kedai dan berkedai
·         peruncit tanpa kedai terdiri drpd penjaja dan pegerai
·         peruncit berkedai terdiri drpd pekedai am dan pekedai khusus
·         perniagaan runcit besar-besaran pula terdiri drpd pasar raya, gedung aneka jabatan, pasar raya besar, kedai sejaras dan koperasi runcit
·         bentuk lain peruncitan terdiri drpd mesin peruncitan automatik, pesanan mel, francais, jualan langsung, e-dagang, televisyen interaktif dan kedai katalog.



Soalan : 
     1.Jelaskan dengan contoh Jenis Perniagaan Runcit Kecil-kecilan
        Perniagaan runcit tanpa kedai
·         tidak mempunyai premis tetap.
·         bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
·         berbentuk milikan tunggal.
·         perlu dapatkan lesen daripada kerajaan tempatan
·         terdiri drpd pegerai dan penjaja
·         Pegerai - gerai kecil di suatu lokasi yang tetap - di kaki lima, pasar besar
·         Terdiri drpd gerai tetap dan gerai sementara.
·         Penjaja - secara bergerak dari satu tempat ke tempat lain


2. Kenalpasti kegaiatan perniagaan dalam negeri.

1 comment:

  1. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan UK / USA. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete