Thursday, May 31, 2012

Teknik Skor Cemerlang Perdagangan

1. Kuasai bab-bab penting : 
Melahirkan semua tajuk-tajuk dalam sesuatu bab yang penting. Jadikan anda pakar dalam bab-    bab tertentu. Maknanya apa sahaj solan dari bab-bab berkenaan, anda boleh jawab. Selepas anda menguasai sesuatu bab, uji kefahaman anda dgn mengumpul semua soalan dari bab tersebut dan cuba jawab. Kumpul soalan2 SPM tahun2 lps utk membiasakan dgn soalan2 SPM.


2. Beri penekanan pd tajuk2 yg penting dan yang sudah lama tidak keluar.


3. Buat nota ringkas dari nota yg diberikan oleh guru atau dari buku rujukan. Biasakan buat peta minda, nota poket dan lain-lain.


4. Belajar secara berkumpulan.
Dapat mengelak dari rasa bosan ketika belajar sendiri. Anda boleh bandingkan nota ringkas anda dgn ahli kumpulan anda yg lain. Selain itu, anda boleh berkongsi idea dan pandangan mengenai bab-bab yang anda telah kuasai dengan kawan2 kumpulan anda.

Saturday, May 26, 2012

Wednesday, May 16, 2012

Tingkatan 4 - Bab 7 : Pelaburan

a) Maksud Pelaburan.


     Pelaburan ialah suatu tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa  
     ini dengan harapan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.

b) Perbezaan di antara Pelabur dan Spekulator.

                  Pelabur
                 Spekulator
1. Membeli syer untuk mendapatkan 
    pulangan dalam bentuk dividen/syer 
    bonus.
 1. membeli syer pada harga rendah
    dan jual pada harga yang tinggi 
    untuk mendapatkan keuntungan.
2. Beli syer untuk disimpan dalam 
   jangka masa panjang dengan 
   harapan prestasi syarikat berkem-
   bang dan harga syernya naik.
2. Membeli dan menjual syer dalam
   jangka masa singkat untuk
   mendapatkan keuntungan daripada
   perbezaan harga.
3. Penglibatan pelabur mencergaskan
    pasaran saham dan mengukuhkan
    harga pasaran.
3. Penglibatan Spekulator melemahkan
    pasaran saham kerana harga saham
    turun dan naik dengan tidak
    menentu.
4. Pelabur sentiasa berhati-hati
   melakukan analisis kewangan dan
   memperolehi maklumat prestasi
   syarikat sebelum membeli saham
   syarikat.
4. Spekulator sentiasa membuat
    ramalan sesuatu harga syer.
   Tindakannya dipengaruhi khabar 
   angin, sikapnya keterlaluan boleh 
   menjejaskan pasaran saham.
 

JENIS PELABURAN.

a) Akaun Simpanan Tetap/Akaun Pelaburan.

-          melabur di bank/institusi kewangan.
-          Pelaburan tanpa risiko.
-          Keuntungan rendah.
-          Menyimpan untuk suatu tempoh tertentu.
-          Kelebihan :
                     1. Pulangan tetap.
                     2. Simpanan selamat
                     3. Simpanan boleh dikeluarkan atas permintaan.

b) Harta Tanah.

- Contoh : Pembelian seperti tanah, kedai/pejabat, rumah, ladang dsb.                                               
                  mendapat pulangan dalam bentuk keuntungan modal dan pendapatan semasa.

c) Saham.

-          Pelaburan yang dibuat oleh Sy. Berhad untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk
           dividen atau bonus.
-          Tujuan Syarikat Berhad menerbitkan saham ialah untuk mengumpulkan modal bagi
            mengembangkan syarikat.

                JENIS-JENIS SAHAM

              (i)  Saham disenaraikan.
                    -  saham syarikat diurusniagakan di pasaran saham.
              (ii)  Saham tidak disenaraikan.
              - saham yang tidak diurusniagakan di pasaran saham  secara rasmi.



     Perbezaan di antara syer biasa dengan syer keutamaan.

     
            Syer Biasa.
       Syer Keutamaan.
1.  Kadar dividen sentiasa berubah 
     mengikut keuntungan syarikat.
1. Kadar dividen ditetapkan oleh 
    syarikat setiap tahun.
2.  Pemegang syer menerima dividen
    setelah pemegang syer keutamaan
    menerima dividen mereka.
2. Pemegang syer dibayar dividen 
   terlebih dahulu daripada pemegang 
   syer biasa.
3. Pelabur berhak mengundi untuk
   memilih Lembaga Pengarah di dalam 
   mesyuarat agung tahunan.
3. Pelabur tidak berhak mengundi.
4. Pihak terakhir untuk menuntut balik
   modal jika  syarikat dibubarkan.
4. Diberi keutamaan menuntut balik
   modal jika syarikat dibubarkan.
    

Syer keutamaan dibahagi kepada 4 jenis :

  1. Kumalatif.
- dibayar dividen semasa dan tunggakan dividen jika syarikat rugi pada
       tahun kewangan lepas.

  1. Penyertaan.
-  kadar dividen tetap dan dividen tambahan dibayar selepas pembayaran dividen kepadapemegang syer biasa.

  1. Boleh Tebus.
-     Harga syer ditetapkan semasa syer itu diterbitkan.
-   Syer ini boleh dibeli oleh syarikat pada jumlah harga tertentu selepas suatu tempoh masa.

  1. Boleh tukar.
      -  Syer yang boleh ditukar kepada syer biasa.
      -  Pemegang syer akan terima faedah sepertimana pemegang syer biasa.     

          (ii) Pulangan atas saham.
-               dalam bentuk syer bonus, dividen dan keuntungan modal.



Contoh Pengiraan Pulangan Daripada Bidang Pelaburan.

Kes  Puan Salmi memiliki 5000  8% syer keutamaan bernilai RM 2.00 seunit. 5000 syer biasa bernilai RM 1.00, dan RM 3000 debentur pada kadar faedah 6% dalam Syarikat  ABC Bhd. Bagi tahun berakhir 31 Disember, 2003, syarikat itu telah mengistiharkan pembayaran dividen 12 % terhadap syer biasa.
Kirakan jumlah pendapatan Puan Salmi daripada pelaburannya pada tahun 2003.

Cara Pengiraan :

i).   Pendapatan dari syer keutamaan.
                   5000 x RM 2.00 x 0.08  =  RM 800.00

ii)   Pendapatan dari syer biasa.
5000 x RM 1.00 x 0.12  =  RM 600.00

iii)  Pendapatan dari Debentur.
RM 3000 x  0.06            =  RM 180.00
         
iv)  Jumlah Pendapatan.
                   RM 800.00 + RM 600.00 + RM 180.00 = RM 1580.00



iii)          Peranan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

1.            Mewujudkan peluang pasaran bagi saham.
               BSKL menyediakan tempat untuk memudahkan pelabur
                           menjalankan urusniaga syer.

2.           Menyebarkan maklumat  kewangan syarikat kepada orang lain. -
              melalui  media massa tentang kedudukan kewangan sesebuah syarikat.

3.         Melindungi kepentingan para pelabur.
dengan cara :-
-  mengenakan syarat-syarat penyeneraian yang ketat.
                                    -  mewajibkan broker menyumbang wang tertentu kepada  
                                      Tabung Jaminan Setia untuk dibayar pampasan kepada 
                                      para pelabur yang tertipu.
                             -  mewajibkan semua syarikat awam menerbitkan maklumat           
                                tentang operasi, prestasi keuntungan untuk pengetahuan 
                                para pelabur.

4.           Menjalankan urusniaga saham.
-untuk memudahkan pelabur menjual syer dan perolehi 
                               Wang tunai pada bila-bila masa.

5.         Membantu mengumpulkan modal daripada orang ramai untuk pembangunan negara.

6.        Menimbulkan minat melabur di kalangan orang ramai dengan menganjurkan pelbagai program.


                             Faktor – faktor Yang Mempengaruhi Harga Saham.

1.            Keadaan ekonomi Negara.
- Jika ekonomi kukuh, pelaburan meningkat, maka harga
                          Saham naik dan sebaliknya.

2.            Keadaan Politik.
- Jika politik stabil, pelaburan meningkat, harga saham naik
                          dan sebaliknya.

3.            Aktiviti Spekulasi.
-Spekulator yang membeli dan menjual syer akan  
 Mempengaruhi turun naik harga syer.

4.            Kualiti Pengurusan dan Prospek Syarikat.
- Syarikat yang mempunyai pengurusan yang cekap 
                          menyebabkan harga saham naik dan sebaliknya.

5.            Dasar kewangan dan kadar faedah yang dilaksanakan oleh BNM.
- Jika kerajaan menggalakkan penawaran wang di               
                          pasaran, maka BNM akan mengurangkan kadar faedah  
                          pinjaman.
                        - Ini mengggalakkan orang ramai meminjam untuk membuat
                          pelaburan. Maka harga saham meningkat dan sebaliknya.

Cara Membeli dan Menjual Saham.

  1. Bagi saham yang tidak disenaraikan di BSKL ialah melalui broker saham.
  2. Bagi menjual saham tersenarai di BSKL seperti berikut :
(i).     Penjual hubungi broker untuk memberitahu butir-butir saham yang 
          hendak dijual.
     (ii).     Broker menghantar maklumat tersebut di bilik padanan diBSKL.
     (iii).    Tawaran tersebut dipadankan dengan senarai pembeli sedia ada.   
              Jika wujud persetujuan antara pembeli dengan penjual maka  
              Urusniaga berlaku.

d)   Unit Amanah.

-          Sejenis pelaburan yang mengumpul wang dari orang ramai.
-          Diuruskan oleh pengurus professional.
-          Sesuai untuk pelabur-pelabur kecil.
-          Risiko kerugian rendah.
-          Pelaburan Unit Amanah terdiri daripada Amanah Saham, Amanah Harta tanah dan Gilts.

PANDUAN AM MELABUR.

1.       Pelabur perlu mendapat maklumat lengkap tentang bidang pelaburan yang ingin diceburi.

2.    Pastikan keuntungan maksimum boleh diperolehi samada melalui kadar faedah, dividen dan keuntungan ke atas modal.

3.    Mengambilkira risiko dalam pelaburan. Jika pelabur kurang mahir, boleh melabur dalam pelaburan yang kurang risiko dan sebaliknya.

                 4.         Modal sedia ada. Sekiranya pelabur bermodal kecil sesuai  
                             melabur dalam pelaburan berisiko rendah seperti Unit Amanah  
                             atau di bank.

      5.       Kecairan ialah sesuatu aset mudah ditukar kebentuk wang  tunai.              
                      Contoh : aset mudah cair – simpanan di bank.
                                         aset tidak mudah cair – harta tanah.


Soalan Pengukuhan:


1. Nyatakan maksud pelaburan.
2.Senaraikan peranan Bursa Saham Kuala Lumpur
3.Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi harga saham.

Tingkatan 4 - Bab 6 : Pemilikan Perniagaan

CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN


1. Memulakan sendiri
    -    menubuhkan sesuatu perniagaan baru atas usaha sendiri.
    -    usahawan perlu modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan.
    -    usahawan bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya dan
kreativiti sendiri.

2. Mengambil alih
    -    membeli sesebuah perniagaan yang sedia wujud.
    -    perniagaan yang di ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju.
    -    pengambilalihan perniagaan yang berprestasi baik disebut ‘muhibbah’ (goodwill) dan perlu membayar ‘wang muhibbah’.

3. Warisan
    -    mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga. Contoh kedai kain
Globe Silk Store

4. Francais
    -    hak atau kebenaran untuk menjual barang syarikat lain yang sudah
terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya.
    -    Syarikat yang diberi hak ialah francaisi.
    -    Syarikat yang memberi hak francais dikenali francaisor.
    -    Francaisi dibantu dan dibimbing oleh francaisor
    -    sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar royalti dan
mematuhi syarat.
    -    Contoh Marrybrown, England Optical

5. Diundang
    -    usahawan dijemput menyertai sesebuah perniagaan sebagai rakan
kongsi atau pemegang saham
-    dijemput kerana kepakaran, pengalaman, modal atau keistimewaan yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan.

FAKTOR DIPERTIMBANGKAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

1.       Mempunyai minat, pengetahuan dan pengalaman.
2.       Memastikan modal mencukupi
3.       Memastikan jenis perniagaan diceburi sesuai dengan kelayakan dan
berpotensi maju.
4.       Mematuhi syarat dan peraturan perundangan dan akta perniagaan
seperti Akta Jualan Barang 1957 dan Akta Kawalan Harga 1973.
5.       Lokasi sesuai dan strategik serta mengambil kira kos sewa,
kadar upah, persaingan ,peraturan kerajaan tempatan dan
kuasa beli penduduk.
6.       Memastikan sumber bekalan mencukupi dan mudah diperolehi.
7.       Mengenalpasti bilangan dan kekuatan pesaing serta merancang
strategi menghadapinya.


PENGENDALIAN PERNIAGAAN

1. Pengurusan stok
    -    stok ialah barang yang disimpan untuk dijual pada suatu masa
akan datang
    -    pengurusan stok melibatkan aspek:
          a.       Mendapatkan bekalan stok
          b.       Memeriksa stok
          c.       Merekod stok
          d.       Menyimpan dan mengawal stok
          e.       Memperaga stok

2. Pengurusan kewangan
    -    melibatkan:
          a.       Penyimpanan rekod perakaunan dengan sempurna
                   - Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira
          b.       Penganalisaan prestasi berdasarkan rekod simpanan
                   - dinilai daripada jumlah untung kasar dan untung bersih
  serta mencari pulangan modal.
c.       Pengambilalihan tindakan susulan untuk atasi kelemahan dan    meningkatkan prestasi perniagaan.
- kurangkan perbelanjaan, syarat kredit yang lebih ketat,   tingkatkan promosi.

3. Pengurusan sumber manusia
          a.       Meningkatkan kecekapan pekerja melalui pengkhususan dan
latihan kemahiran
          b.       Menjaga kebajikan pekerja seperti menyediakan tempat
penginapan, gaji, bonus, perubatan percuma serta kemudahan  riadah dan ibadat.
          c.       Mewujudkan  hubungan yang baik, mesra dan harmonis antara
pekerja dan majikan.
          d.       Mematuhi undang-undang berkaitan hak pekerja  seperti
Akta Pekerja 1955. Akta Keselamatan Sosial 1969 dan
Ordinan KWSP 1955.

4.       Pengurusan masa
          -        usahawan perlu menyusun dan merancang aktiviti menurut
          keutamaan dan penggunaan masa secara produktif.

5.       Pengurusan pelanggan
          - melibatkan 3 aspek:
          a.       Memahami sifat pelanggan
          b.       Mengenalpasti jenis pelanggan
          c.       Mengetahui cara melayan pelanggan.

6.       Pengurusan risiko
          - ada tiga jenis risiko
          a.       Risiko boleh diinsuranskan iaitu kejadian dapat
diramalkan seperti kebakaran
          b.       Risiko tidak boleh diinsuranskan iaitu tidak dapat diramalkan
secara statistik dan kadar premium tidak dapat ditentukan
seperti peperangan
C.       Risiko yang tidak boleh diinsuranskan tetapi boleh dikawal seperti
     kerugian yang  berpunca spekulasi pelaburan.
                                
7.       Pengurusan maklumat
-        maklumat perniagaan perlu disimmpan, dianalisis dan dikawal demi    menjamin keberkesanan pengurusan.
          -        pengurusan teknologi maklumat (komputer) dapat membantu
pengurusan maklumat dengan cekap.

JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN

1.       MILIKAN TUNGGAL

-        perniagaan dimiliki seorang sahaja dan didaftar atas namanya
-        dasar dan keputusan perniagaan ditentukan oleh pemilik
-        pemilik menanggung liabiliti tidak terhad
-        keuntungan tertakluk kepada cukai pendapatan individu.

Cara Menubuhkan Milikan Tunggal
- Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1965

a.    Permohonan carian nama – Borang PNA 42
b.    Permohonan mendaftar nama perniagaan – Borang A
c.    Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan mempamerkan - Borang D



2.       PERKONGSIAN

-        perniagaan dimiliki oleh dua orang dan tidak melebihi 20 orang
-        pendaftaran dibuat atas nama rakan kongsi dibawah
          Akta Perkongsian 1961
-        ada tiga jenis rakan kongsi
          a.       Rakan kongsi aktif – menyumbang modal dan terlibat aktif
dalam perniagaan
b.         Rakan kongsi lelap – menyumbang modal tetapi tidak
terlibat dalam perniagaan.
c.         Rakan kongsi nominal – tidak menyumbang modal
tetapi membenarkan nama disenaraikan sebagai
salah seorang pemilik.

-        semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad
-        agihan untung rugi dikongsi bersama mengikut nisbah yang
          telah ditetapkan.
-        keuntungan perkongsian tertakluk  kepada cukai
          pendapatan perseorangan.

Cara Menubuhkan Perkongsian
-        sama seperti penubuhan Milikan Tunggal kecuali mengisi
          Borang A - Halaman 3
a.       Permohonan carian nama – Borang PNA 42
b.       Permohonan mendaftarkan perniagaan – Borang A
c.       Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan

  1. SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD

-        mempunyai antara 2 – 50 pemegang saham
-        perkataan “sendirian” bermaksud pemilik syarikat terdiri daripada
          ahli keluarga dan sahabat handai.
-        semua pemilik menanggung liabiliti terhad
-        saham tidak dijual kepada orang ramai dan pindah milik saham
          dibuat dengan persetujuan ahli
-        syarikat ditadbir oleh lembaga pengarah yang juga merupakan
pemegang saham syarikat itu.
-        keuntungan syarikat diagihkan kepada pemegang syer dalam
          bentuk dividen dan sebahagian disimpan sebagai rezab.





          Cara Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad
          -        ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965
a.       Permohonan untuk carian nama – Borang 13A
b.       Permohonan untuk mendaftar syarikat  dengan mengemukakan:
i.        Tatawujud syarikat – dokumen mengenai fakta
penubuhan  syarikat
ii.       Tataurus syarikat – mengenai peraturan dan prosedur
                        pengurusan dalam syarikat.
                             iii.      Borang 6 (Perakuan Pematuhan)
iv.      Borang 48 A (Akuan berkanun perlantikan pengarah/penaja)
v.       Borang 48 F (Pengakuan sebelum perlantikan
         sebagai setiausaha)
c.       Serahan dokumen
d.       Pengeluaran dan mempamerkan sijil perakuan  pemerbadanan syarikat - Borang D

  1. SYARIKAT AWAM BERHAD

-        perkataan awam bermaksud supaya boleh dijual kepada orang
          ramai dengan menerbitkan ‘prospektus’.
-        saham boleh dijual kepada orang ramai dan boleh dipindah milik
          melalui bursa saham.
-        pemegang saham dua orang dan tiada bilangan maksimum.
-        pemegang saham menanggung  liabiliti terhad
-        disenaraikan di bursa saham
          -        Pentadbiran syarikat diserah kepada Lembaga Pengarah
yang dilantik .
          -        Pemegang syer  yang memiliki lebih 51% akan menguasai
                    Lembaga Pengarah dan kawalan syarikat
          -        ahli Lembaga Pengarah tidak semestinya pemegang saham
          -        Kedudukan kewangan mesti diumumkan kepada orang ramai
          setiap tahun.
          -        cukai syarikat awam berhad lebih tinggi iaitu 28%.

          Cara Menubuhkan Syarikat Awam Berhad
          -        sama seperti syarikat sendirian berhad tetapi:
                   a.       Tatawujud syarikat memperihal pembatalan Seksyen 15,
                   Akta Syarikat 1965
                   b.       Menggunakan Borang 8 bukan Borang 9
                   c.       Mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti
                              berkaitan prospektus dan penyenaraian syer di bursa saham.
                   d.       Pengedaran borang permohonan syer dan prospektus
                   e.       Peruntukan syer akan dibuat melalui cabutan jika syer dipohon melebihi 
                             jumlah yang ditawarkan.   
                   f         Pengeluaran sijil perakuan perniagaan oleh Pendaftar
           Syarikat.

  1. KOPERASI

-        Prinsip koperasi:
          a.       keanggotaan secara sukarela dan terbuka
          b.       kawalan secara demokratik oleh anggota
          c.       kebebasan dan autonomi
          d.       penglibatan dalam pendidikan latihan dan sebaran
maklumat koperasi
          e.       perhatian terhadap kebajikan masyarakat dan sosial.

-        berasaskan prinsip tolong-menolong dan mementingkan
          kebajikan anggotanya
-        jenis koperasi seperti koperasi kredit, koperasi bank,
koperasi  pengguna
-        contoh Syarikat Koperasi Guru-Guru Malaysia
-        pemilik ialah pemegang syer dan bilangan minimum pemegang
          syer ialah 100 dan tiada had maksimum.
-        setiap anggota tidak boleh memiliki syer melebihi 28%.
-        koperasi ditubuhkan mengikut Akta Koperasi Malaysia 1993
-        liabiliti terhad
-        koperasi dikawal oleh Lembaga Pengarah yang dipilih semasa
          mesyuarat agung.
-        Agihan lebihan (keuntungan), 12 % disimpan sebagai
          Simpanan Kumpulan Wang Rezab dan baki
          diagih dalam bentuk dividen.
-        Rebat dibayar berasaskan jumlah belian.
-        Koperasi dikecualikan cukai

Cara menubuhkan koperasi:
a.    Permohonan menubuhkan koperasi melalui Jabatan Pembangunan Koperasi
b.    Menubuhkan jawatankuasa penaja
c.    Mengadakan mesyuarat agung
d.    Memohon mendaftar koperasi kepada Pendaftar Negeri.
e.    Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran.


 
  1. PERBADANAN AWAM

-        ditubuhkan oleh kerajaan melalui Akta Parlimen untuk
          menyediakan perkhidmatan dan kemudahan asas seperti
perubatan, pendidikan dan pembinaan infrastruktur.
-        ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan di bawah tanggungjawab
menteri yang membentuk satu lembaga untuk pengurusan.
-        Contoh perbadanan awam ialah KWSP dan JKR.


  1. PENSWASTAAN

-        merupakan satu proses pemindahan kuasa kawalan,
          kepentingan dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada
sektor swasta.
-        sektor swasta dijadikan sebagai rakan kongsi sektor awam dalam pembangunan negara dalam pembangunan dan pertumbuhan
ekonomi negara.
-        Contoh: Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan
Tenaga Nasional Berhad.

Tujuan :
a.    Mengurangkan beban kewangan kerajaan
b.    Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
c.    Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
d.    Menggalakkan agihan dan penggunaan sumber lebih cekap
e.    Memberi manfaat kepada kakitangan dan rakyat

Soalan Pengukuhan
1. Terangkan ciri-ciri perniagaan Fraincais
2.Nyatakan cara-cara menubuhkan koperasi.

Tingkatan 4 - Bab 5 : Industri Kecil dan Sederhana

Syarikat perkilangan dengan jualan tunai tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.


CIRI-CIRI

  1. Mengeluarkan hampir semua barang pengguna, barang sokongan industri besar dan yang tidak dapat dikeluarkan oleh industri besar seperti sektor pembuatan makanan.
  2. Organisasi mudah, diasaskan oleh keluarga dan pekerja adalah ahli keluarga dan penduduk setempat/jiran.
     3.  Modal terhad menyebabkan penggunaan kaedah intensif buruh. MARA
          dan MIDF memberi bantuan modal kerana kesukaran bantuan kredit
          daripada institusi kewangan.
  1. Terletak di merata tempat dan kurang bergantung kepada kemudahan infrastruktur.
  1. Keluaran tidak menggunakan teknologi tinggi, menggunakan mesin terpakai untuk menjimatkan kos

KEGIATAN IKS

  1. Industri berasaskan sumber
-          berasaskan bahan mentah yang terdapat di kawasan operasi.
-          seperti rotan dan kayu dalam kegiatan membuat perabot.

  1. Industri berasaskan logam
-          melibatkan kepakaran dan teknologi berkaitan kimpalan,
     faundari dan mesin bagi menghasilkan barang logam, komponen jentera
     seperti membuat alat ganti jentera.
  1. Industri berasaskan plastik
-          menghasilkan barang pengguna berasaskan sumber bahan
     mentah industri petrokimia seperti menghasilkan bekas plastik.

  1. Industri komponen automatif
-        IKS membekalkan komponen automotif kepada industri membuat kenderaan
        seperti lampu kereta, kusyen dll setelah mendapat bimbingan, kepakaran dan
        bantuan teknologi.

  1. Industri komponen elektrik dan elektronik
-       Syarikat besar memberi hak kepada IKS untuk mengeluarkan
   komponen elektronik yang kecil seperti suis, wayar dll
   setelah  dibimbing dan dibantu dari segi kepakaran dan modal.


  1. Industri pemprosesan makanan
-          pemprosesan makanan awet, minuman, biskut dll


  1. Industri kimia
-          keluaran petroleum, petrokimia, kimia bukan organik, oleokimia
    

  1. Industri farmaseutikal
-        pengeluaran ubat-ubatan dan bahan aktif untuk rawatan
          penyakit seperti malaria.

KEPENTINGAN IKS

1. Sumbangan kepada masyarakat

    a.   Peluang menceburi bidang perusahaan
    b.   Peluang menggunakan kebolehan, daya cipta dan kreativiti
    c.   Peluang pekerjaan
    d.   Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat

2. Sumbangan kepada negara

    a.   Mengurangkan pengangguran
    b.   Meningkatkan tabungan dalam ekonomi
    c.   Pengagihan pendapatan negara lebih adil kerana IKS menawarkan
          upah yang lebih tinggi kepada pekerja kurang mahir.
    d.   Menyediakan latihan dan kemahiran kepada pekerja
    e.   Mengukuhkan struktur asas industri negara melalui hubung jalin
          dan pemindahan teknologi dengan firma besar dan syarikat antarabangsa.
    f.    Mengurangkan import barang pengguna.

KAITAN IKS DENGAN INDUSTRI BERAT

1. Pemasaran Bersepadu (Konsep Payung)

    -   Hampir 75% keluaran IKS dijual kepada firma besar seperti
          membekalkan   barang  siap dan separa siap.
    -   Industri kereta memperolehi komponen seperti bateri, pintu,
         kusyen dll melalui IKS.
    -    Melalui pemasaran bersepadu, IKS memperolehi pasaran terjamin
         melalui kontrak kerajaan/pasaran terbuka dan bayaran segera.
    -    Faedah yang diperolehi ialah menambahkan modal perniagaan,
         peluang pekerjaan, pengembangan perniagaan, pengurusan lancar
         serta mutu dan kuantiti barang ditingkatkan.

2. Pengaturan Kontrak Khas

    -    bermaksud mengikat perjanjian antara frma kecil dengan firma
          besar dimana firma kecil berjanji membekalkan keluaran mereka
          mengikut syarat dan kriteria ditetapkan.
    -    Manfaat diperolehi ialah jaminan pasaran keluaran, keluaran dan
          keuntungan dapat ditingkatkan dan mendapat pembiayaan daripada
          firma yang membeli.


3. Subkontrak
    -     melibatkan perpindahan pengeluaran satu unit kecil pengeluaran
daripada syarikat besar kepada IKS mengikut syarat dan
kriteria ditetapkan.
    -    Contoh komponen kereta seperti kusyen dibekalkan oleh IKS 
kepada syarikat kereta.
    -    Manfaat diterima oleh IKS ialah firma besar membiayai
perbelanjaan seperti pembelian bahan mentah, kemudahan kredit
dan jaminan pasaran antarabangsa.
    -    Skim Perniagaan Vendor merupakan contoh subkontrak
di mana pengeluar sesuatu komponen akan membekalkan
keluaran kepada syarikat besar/multinasional.

MASALAH IKS

1. Masalah modal dan pembiayaan
    -    bank kurang berminat memberi pinjaman kerana IKS tiada cagaran
kukuh dan status kewangan IKS diragui.

2. Produktiviti dan teknologi rendah
    -    disebabkan kekurangan tenaga buruh mahir dan tidak mampu
melatih pekerja.

3. Kekurangan bahan mentah
    -    disebabkan bahan mentah tidak mencukupi atau tiada di pasaran.
    -    IKS membayar harga bahan mentah lebih tinggi daripada industri besar.   
    -    tidak mempunyai modal yang cukup untuk simpanan stok.

4. Masalah pasaran
    -    kekurangan modal menghadkan kemampuan memasarkan produk.
    -    kekurangan kepakaran dalam pemasaran dan kualiti barang rendah.

5. Masalah pengurusan
     -   pengurusan tidak cekap, teknologi ketinggalan zaman, kurang
inovasi menghalang perkembangan IKS

6. Masalah lokasi
-    tiada kemudahan asas mencukupi di tempat operasi dan ada beroperasi
     di belakang rumah.

7. Hubung jalin dengan industri berat
    -    kegagalan memenuhi kontrak atau tidak mendapat subkontrak
kerana kualiti barang dan produktiviti rendah menjejaskan hubungan IKS
dengan industri besar

CARA MENGATASI IKS

1. Program Rantaian Industri (ILP)
-    Program Pembangunan Vendor diperkenalkan untuk membekalkan komponen kritikal kepada syarikat besar.

2. Program penyelidikan dan pembangunan
    -    SIRIM, MARDI dan MPOB membantu IKS mencapai piawaian yang tinggi.
                                      
3. Program pembangunan infrastruktur
    -    PKEN, MIEL, UDA dan MARA menyediakan kemudahan infrastruktur
seperti taman perindustrian dan unit kilang.

4. Program pembangunan dan peningkatan kemahiran
    -    NPC, MARA, MEDEC dan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil
(SMIDEC) membantu meningkatkan kemahiran pekerja melalui latihan,
seminar, bimbingan kerja dan pengurusan.

5. Pembangunan pemasaran
    -    MATRADE membantu IKS menembusi pasaran eksport dan
          menjadi pembekal global melalui ekspo, pameran, lawatan perniagaan dll.

6. Program bantuan kewangan
    -    Bank perdagangan dan MARA merupakan sumber kredit IKS.
    -    CGC menyediakan jaminan kepada peminjam.
    -    Pakej kewangan untuk IKS (PAKSI)  yang dilancarkan oleh
SMIDEC menyediakan kemudahan pinjaman dalam bentuk soft loan


Soalan Pengukuhan:


1. Jelaskan kepentingan-kepentingan IKS.
2. Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi dalam IKS.